PENGENALAN
Pusat latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan atau lebih dikenali sebagai Center For instructor and Advanced skill traning (CIAST).
Terletak di Shah Alam Selangor Darul Ehsan. CIAST telah mula beroperasi pada tahun 1984 dengan bantuan kewangan daripada Kerajaan Jepun dibawah Projek Pembangunan Sumber Manusia ASEAN dan dikawal serta diselia oleh pakar-pakar teknikal dan pengurusan dari Jepun menerusi JICA sehingga tahun 1991.
CIAST beroperasi sepenuhnya dibawah Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia bermula pada 1991 sehingga Mei 2007 sebelum dipindahkan pengurusannya di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di kementerian yang sama pada Jun 2007 sehingga kini.
Kini CIAST di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia dan masih lagi mengekalkan fungsi sebagai penyelia latihan teknikal di samping fungsi-fungsi baru yang lebih komited untuk menjadikan Malaysia sebagai penyelia latihan teknikal yang terulung di dunia.
Penggunaan ICT adalah merupakan salah satu media hubungan yang sangat berkesan di masa kini. Dengan mengunakan laman web, pihak CIAST dapat menyalurkan maklumat mengenai aktiviti yang telah, sedang dan akan dijalankan.
Di samping itu juga, laman web CIAST juga diharapkan dapat menerangkan kepada masyarakat umum mengenai fungsi CIAST dengan lebih jelas dan tepat.
Laman web CIAST berfungsi untuk memberi impak yang besar kepada masyarakat
CIAST yang merupakan pengendali kursus-kursus berbentuk modular dan customised bagi memenuhi keperluan industri, disamping membuat beberapa program dan aktiviti selaras dengan keperluan negara yang memerlukan perkhidmatan yang lebih cekap, produktif, berkesan dan celik IT.
PROGRAM-PROGRAM YANG ADA DI CIAST
Diantara pogram-pogram yang boleh didapati di CIAST adalah Pogram Latihan Pengajar Kebangsaan (NTTP),
Pogram Pembangunan Kemahiran (SDP),
Program Latihan Pengajar Vokasional dan Penyelidikan Latihan Vokasional Dan Pembangunan.
Terdapat tiga visi yang berlainan dalam CIAST iaitu,Visi bagi menteri sumber manusia adalah menjadi pemimpin dan pengurus dalam satu tenaga kerja peringkat dunia.
Manakala visi dalam jabatan di CIAST pula adalah menjadi sebuah organisasi utama dalam pembangunan tenaga kerja kompetitif, menjadi penyalur pekerja yang produktif.
Visi keseluruhan CIAST adalah menjadi salah satu Learning Institution In The Country untuk Skill Workforce dan kecekapan Technical Trainers.
SISTEM-SISTEM YANG TERDAPAT DI CIAST
Sistem semasa yang digunakan adalah “Career Information Centre” (CIC) dan under Electronic Labor Exchange (ELX) pelancaran pada tahun 1999. “Training Management System” (TMS) digunakan dalam database dan dalam latihan mkemahiran pelancaran pada tahun 2004. Terdapat isu dalaman dan luaran yang timbul dalam menggunakan sistem ini antara isu dalaman adalah tenaga kerja yang bermotivasi,kesukaran dalam teknologi meningkat. Dengan menggunakan sistem ini juga kekurangan bagi kemahiran jurulatih dalam bidang tertentu dapat diatasi. Manakala isu luaran yang diambil kira adalah terdapatnya kursus yang sama ditawarkan dalam institusi lain dan penerimaan bagi prosedur ISO.
ANALISIS CIAST UNTUK MENGGUNAKAN SISTEM YANG BERSESUAIAN
Dimana CIAST menentukan proses yang benar-benar strategik seperti mendapatkan rancangan tindakan yang strategik iaitu mengandungi pogram-pogram dan aktiviti dalam CIAST. Selain itu CIAST menggunakan sistem bagaimana untuk mencapai matlamat serta membuat kajian dan analisis dengan menggunakan sistem seperti gambar rajah dibawah bagi mencapai matlamat. Tindakan kawalan dan strategi yang digunakan dalam CIAST adalah mengurus dan meningkatkan rancangan dan aktiviti yang akan datang.
STRATEGI INFORMATION SISTEM CIAST
Setiap sistem didalam CIAST menggunakan infrastruktur asas seperti akses, permohonan, peyelengaraan, sistem pengendalian serta tahap komunikasi.
Terdapat beberapa kategori kakitangan didalam CIAST yang menggunakan infrastruktur asas iaitu Trainees / Students dan Counterpart / Partners.
Diantara nilai strategi adalah rangkaian asas dan hubungan-hubungan luar.
Dari segi perhubungan dalaman menggunakan sistem teras jaringan untuk penghantaran data yang boleh tersebar, boleh dipercayai, tahan lama dan mampu mengekalkan purata dan permintaan.Manakala kitaran penggantian sekitar lima tahun untuk peralatan teras (routers dan suis-suis tulang belakang) atau lebih dikeneli sebagai WAN Wireless Networking manakala sistem yang digunakan oleh pihak pengurusan adalah Dasar, Pengurusan Dan Bimbingan mencadangkan untuk menggunakan IS / IT STRATEGY GROUP mewakili merentasi akademik dan kawasan-kawasan dasar.
Terdapat piawaian perolehan untuk semua pelayan,serta untuk pemohon dengan menggunakan rangkaian yang asas. Iaitu sistem tersebut dikenali sebagai ORACLE / Unix sebagai pangkalan data yang boleh menghubungkan pemohon kepada CIAST.
Dimana pengguna boleh memohon secara online.
NILAI STRATEGI YANG DIGUNAKAN DALAM INFORMATION SISTEM.
CIAST mengutamakan jaringan pengantaramukaan pelanggan melelui perisian melelui internet explorer atau Netscape.
Nilai strategi yang digunakan adalah pendekatan pengurusan sesuatu projek perlu selamat. Selain itu CIAST juga mengambil kira tentang komponen-komponen yang memerlukan kos persedian,perkakasan,perisian,latihan, kemudahan pembangunan,rancangan luar jangkaan,perlaksanaan dan kos-kos project.
PENGURUSAN DATA
Terdapat empat data yang penting didalam pengurusan serta digunakan didalam pengurusan. Di keneli sebagai Data Protection iaitu data yang menghalang pengodam data daripada megetahui data-data rahsia CIAST.
Data kedua adalah Password iaitu dapat melindungi fail yang diperuntukan kepada seorang pengguna sahaja. File Access Controls data ini pula merupakan peringkat kawalan sesuatu data. Dimana pengguna boleh membaca fail yang sedia ada tetapi tidak boleh meyalin atau memadam fail tersebut.
Data terakhir yang digunakan didalam pengurusan adalah Legislation iaitu Akta Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia 1998 - Akta 589 digunakan jika berlaku kemalangan terhadap kakitangan ia juga mengambil kira bagi penyalahgunaan komputer di dalam CIAST.
DATA KESELAMATAN
Data keselamtan merupakan langkah pencegahan dan langkah-langkah yang proaktif untuk menentang risiko-risiko dan pengodam data di CIAST.
Terdapat tiga system keselamatan yang digunakan dalam CIAST iaitu System Integrity dimana sistem ini mempertahankan serta berfungsi untuk mengawal pembahagian sistem yang lain. System kedua pula dikenali sebagai Data Availability dimana data yang disimpan akan dapat mencegah daripada kerosakan atau kecelaruan, di dalam system ini pengguna dapat memperolehi data pada bila-bila masa yang mereka perlukan. Information Privacy merupakan system peribadi dan rahsia yang disimpan , setiap data yang disimpan akan terlindung daripada di akses oleh kakitangan tanpa kebenaran.
IT ARCHITECTURE SUPPORT IS STRATEGY
Didalam maklumat system (information sistem) CIAST meyediakan aplikasi-aplikasi untuk peyampaian,peningkatan, sokongan dan taksiran bagi pengajian mengikut teknologi termaju. Seperti yang digunakan dalam pembelajaran dan membuat penilaian dalam pembelajaran menggunakan system e-learning/e-training.
SOKONGAN
Dari segi pengurusan iaiti persekitaran pembelajaran dimana beroperasi daripada sebuah pusat Microsoft (NT server). System sokongan ini beroperasi dengan piawaian yang cekap, cukup fleksible untuk keperluan pelajar dan seterusnya dengan adanya Microsoft (NT server) pelajar-pelajar bolek akses untuk mendapatkan maklumat.
Rangkaian yang meyokong pekerja dan pelajar (Networks To Support Staff And Students/Trainees). Berkebolehan meyampaikan maklumat yang penting . setiap pelajar, pelatih dan pekerja mempuyai satu akaun e-mail khas. Untuk pelajar setiap cetakan yang diambil di kenakan bayaran.
SOKONGAN APLIKASI-APLIKASI DALAM INSTITUSI CIAST
(Support Applications for Institute)
Aplikasi-aplikasi yang digunakan adalah Web Site merupakan alat pegambilan yang penting serta meyediakan satu "gateway" untuk setiap latihan tambahan yang baru. Setiap kakitangan mumpuyai “home page” tersendiri untuk membuat projek berdasarkan pembelajaran mereka.
RANGKAIAN DALAM ORGANISASI
Dalam system pembelajaran CIAST untuk menjadikan ianya dalam pelbagai variasasi dan menjadikan pelajarnya cemerlang, kakitangan CIAST meyampaikan maklumat dalam kelas pertama kepada semua pemegang sahamnya.
Dari segi data sokongan pula CIAST mempuyai rangkaian sokongan untuk meyokong data yang ada terutama data daripada pemegang saham CIAST yang merupakan data sulit.
Segala sistem sokongan didalam CIAST akan memastikan segaal penggunaan-penggunaan system mencapai matlamat sebenar.
KESIMPULAN
Kesimpulan dari keseluruhan kajian system yang kami lakukan ini, kami mendapati bahawa CIAST merupakan sebuh organisasi yang maju dan jaya dengan menggunakan siatem yang mengikut arus peredaran zaman.
CIAST mula berkembang dan mula megambil peluang dalam memajukan perkhidmatan yang ditawarkan melalui system-sistem yang digunakan. Seperti mana yang telah diterangkan iaitu system pelajar,pelatih, tenaga pengajar, system pengurusan dan system pekerja didalam CIAST.
CIAST ditugaskan untuk mengeluarkan pengajar,penyelia dan tenaga kerja terlatih yang diperlukan oleh negara. CIAST menyediakan dan megendalikan pogram-pogram latihan pengajar, penyelia dan kemahiran lanjutan yang bersesuaian dengan keperluan negara dan perkembangan teknologi semasa serta mengeluarkan pelatih-pelatih yang berkualiti dan behemah tinggi melalui latihan yang sistematik dan berkesan. CIAST juga meyediakan perkhidmatan nasihat dan perundingan latihan kepada industri-industri terutama sekali kepada industri kecil dan sederhana. Dengan menggunakan laman web CIAST juga akan mengiklankan dan menyebarkan maklumat peluang-peluang latihan yang dijalankan oleh CIAST kepada masyarakat umum.
Permohonan kursus adalah terbuka sepanjang tahun. Tawaran kursus kepada mereka yang berjaya akan dikeluarkan mengikut giliran selewat-lewatnya satu bulan sebelum kursus bermula. Selain itu CIAST juga mengeluarkan sijil-sijil kursus kepada pelatih-pelatih yang berjaya dalam tempoh tiga bulan dari tarikh tamat kursus. CIAST juga mempuyai pegangan tersendiri dikalangan pekerja-pekerjanya iaitu kecemerlangan dan khidmat yang berhemah tinggi.
0 comments:
Post a Comment